Saturday, December 11, 2010

::Pengkasian Binatang @ Pemandulan Haiwan Peliharaan::

Peng"kasi"an binatang...(mandulkan)

Boleh ke?
Apa hukumnya?
Mahal tak?
Etc etc ect ( dgn nada king of siam mcm dlm citer anna and the king) huhuhu

ok..kat sini ada sikit sebanyak info..hukum..experience...

hukumnya harus:

" jawatankuasa syariah yang memperjelaskan hukum berhubung mengkasi binatang itu dikeluarkan apabila Jabatan Haiwan bertanya perihal hukum tersebut memandangkan kepada keperluan mereka untuk mengkasi anjing dan kucing terbiar (strays)...jadi berdasarkan kepada keperluan maslahat serta mengelakkan mudarat lebih besar, maka adalah harus mengkasi binatang tersebut memandangkan ia dilihat amat perlu untuk dilaksanakan....

dalam hal kita pulak...kenapa kita kasi binatang ni... jawapannya sebab ramai diantara kita hobi dia mengambil binatang jalanan sebagai gaya hidup mereka dan untuk mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih buruk, maka kucing2 tersebut dikasi....maka dalam hal ini jelas bahawa tujuan kasi tersebut adalah untuk menjaga maslaha yang disebut2kan tadi...

dalam bab fekah...perlu diingat bahawa tujuan kasi tersebut bukanlah untuk disengajakan atau untuk tujuan suka2..tanpa alasan yang munasabah...kalau suka2 (kot2 adalah) maka hukumnya makruh..dan sekiranya berpanjangan dibuat perkara2 makruh maka ia boleh jatuh kepada haram jugak seperti mana hadith Rasul SAW yang antara lain meminta supaya umatnya menghindari perkara yang makruh" copy from http://kitten.com.my


Actually saya baru saja kasi kan dua ekor kucing (Bulma + Posh)...
Saya buat di Vetarina Govt... di KL(cheras) dekat dgn PGRM...

Ok before kita nk buat pengkasian, kucing mesti di vaksin dua kali...mengikut procedur hospital yg saya telah pergi. Jangkamasa untuk vaksin pertama dan kedua dlm 3-4minggu.. seekor kucing kos vaksin RM30 sekali (harga govt vet..private tak pasti) . Lepas 2nd time vaksin pihak vetarina akan bg appointment tuk surgery.

Untuk kes saya doktor tak ada...so saya buat sebulan slepas 2nd time vaksin. Sepatutnya 10 hari selepas( if not mistaken).

Dec,9th 2010, date kucing2 saya di kasi... kalo buat dgn govt vet kna pergi pagi... kos pengkasian seekor kucing RM120(betina only..jantan tak pasti..tp lg murah). Sehari sebelum surgery kucing kena puasa... lepas pukul 7pm.. Dec 8th kena start puasa.

B4 surgery biasa la..kena bius dulu.. doc cucuk je tak sampai 5minit dah keras..hahah kelakar..
tempoh masa surgery dlm 20min seekor..(sekejap je)

Lepas Surgery dorg akan amek masa setengah jam nak sedar.. mcm Bulma ngn Posh dah 24jam still separuh sedar...laloq je...

Cuma kena bg 150% attention or more dlm tempoh seminggu lpas surgery... ye la..mcm jaga org sakit...

ok la ye...later saya sambung pengalaman time dorg surgery and mcm mana nak jaga and makanan lepas surgery...


No comments: